RUKUN NEGARA
2.MUHD KHAIRUREDUAN BIN ZAWAWI (04DPM21F2066)
3.AIZAT AZIM BIN AZMI (04DPM21F2046)
4.NIK LUTFIR RAHMAN BIN NIK MUHAMMAD (04DPM21F2113)
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
(RUKUN NEGARA)
NAMA PENSYARAH
PUAN NORMA BINTI CHE HASSAN
PENGENALAN
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
- Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
- Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Rukun Negara ialah sebuah ideologi kebangsaan Malaysia dan satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Selain itu, ia juga satu susunan cara atau prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara ianya diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan hubungan kaum di Malaysia.
Prinsip rukun negara:
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam ialah agama rasmi persekutuan.
- Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
- Agama-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.
- Menjadi panduan hidup serta membentuk keperibadian individu.
- Dapat membimbing tindakan seseorang untuk berbuat kebaikan dan menghindari perbuatan jahat.
- Dalam konteks Malaysia, setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur, dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Dalam Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
- Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.
3) Keluhuran Perlembagaan
- Fungsi perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
- Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
- Perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang berikut :
a) Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara.
b) Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
c) Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
d) Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan perlaksanaan.
- Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara.
- Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
- Hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
- Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila sejajar dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.
- Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku rakyat Malaysia sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
- Membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun, dan bertatasusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
1) Mengadakan Kempen Kesedaran
Tujuan : Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Huraian : Masyarakat zaman sekarang tidak mengambil peduli tentang Rukun Negara dan kesejahteraan Negara Malaysia ini. Oleh itu pihak berkuasa boleh mengambil berat dan mengadakan kempen-kempen untuk memupuk sifat patriotik dalam seseorang.Pihak berkuasa juga boleh mengambil berat untuk memupuk perpaduan kaum dan memastikan rakyat Malaysia mengetahui tentang maksud Rukun Negara.
Contoh : Kempen ‘ Aku Negaraku Sedunia ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.
2) Peranan Media Massa
Tujuan : Untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan Rukun Negara dan menghayatinya.
Huraian : Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
Contoh : Surat khabar, iklan televisyen dan lain-lain.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/51122
3) Peranan Ibu Bapa
Tujuan : Anak-anak mesti mengetahui tentang prinsip rukun Negara dan mesti mengetahui untuk hayatinya. Masyakat patriotik bermula dari kanak kanak.
Huraian : Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini bagi memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah ‘kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Contoh : Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak tentang cerita negara Malaysia dan menceritai tentang Rukun Negara dan langkah-langkah untuk menghayatinya.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat yang kurang memahami mengapa pentingnya mengamalkan prinsip Rukun Negara serta ada juga yang ditanya apa itu Rukun Negara tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Kita boleh lihat kurangnya penghayatan Rukun Negara dalam masyarakat kerana adanya isu tidak menghormati Jata Negara, Jalur Gemilang dipasang terbalik, dihitamkan jalurnya dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti semangat kenegaraan.
Nilainya perlu difahami, dihayati dan diamalkan semua lapisan masyarakat kerana keharmonian negara bergantung kepada masyarakat yang tinggi disiplin dan cintakan negara. Oleh itu, bagi menangani permasalahan ini, pendedahan mengenai Rukun Negara kepada generasi baru hendaklah diterapkan dari kecil lagi, hal ini bagi memastikan pendedahan yang awal dapat membentuk seseorang individu seperti peribahasa Melayu iaitu “melentur buluh biarlah dari rebungnya.
baek do
ReplyDelete